Terayap-rayap si anak kumbang,
Hinggap di atap tersangkut duri,
Berapa sedap di rantau orang,
Manakan sama desa sendiri.
Sumber: Kurik Kundi Merah Saga DBP,2005

Latar Belakang

PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) membangunkan Sistem Ciri-Ciri Spatial Desa Malaysia /Spatial Characteristics of Rural Malaysia System (S-CHARMs) iaitu satu sistem pangkalan data dan analisis spatial maklumat geografi (GIS) desa yang komprehensif. Sistem ini dibangunkan untuk memaparkan dan menganalisis maklumat spatial kampung dan kemudahan awam kampung secara web-based dan aplikasi mudah alih yang lebih interaktif serta mesra pengguna.

Keperluan utama sistem ini adalah untuk membantu dalam membuat keputusan perancangan dan pembangunan desa yang lengkap terutamanya berkaitan perancangan serta pembangunan desa di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Asas utama S-CHARMs dibangunkan adalah berdasarkan kepada Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara 2030 (DPF Desa Negara 2030) di mana dasar ini telah menetapkan keperluan untuk pelaksanaan S-CHARMs dalam tadbir urus desa.

Modul Utama S-CHARMs

Pemetaan Interaktif
Memaparkan pelan sempadan kampung dan kemudahan awam kampung, profil kampung dan carian kampung mengikut negeri secara pemetaan interaktif

Pemetaan InteraktifModul Pemetaan Interaktif

(Klik anak panah untuk akses)

Agihan Sumber
Menyediakan Analisis Agihan Sumber bagi kemudahan utama di kampung

Agihan SumberModul Sokongan Membuat Keputusan

(Klik anak panah untuk akses)

Kemampanan Desa
Menyediakan analisis kemampanan kampung berdasarkan 6 dimensi kemampanan

Kemampanan DesaModul Sokongan Membuat Keputusan

(Klik anak panah untuk akses)

Pemantauan DPF
Memantau pelaksanaan Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara (DPF Desa Negara) 2030 mengikut fasa pelaksanaan.

Pemantauan DPFModul Pemantauan DPF Desa Negara

(Klik anak panah untuk akses)

Perkongsian Data
Perkongsian data kampung kepada agensi melalui Web Service (API)

Perkongsian DataModul Perkongsian Data

(Klik anak panah untuk akses)

Pengemaskinian Data
Modul ini bertujuan untuk mengemas kini dan menambah baik data S-CHARMs.

Pengemaskinian DataModul Pengemaskinian Data

(Klik anak panah untuk akses)

Sumber Orang Ramai
Penyaluran maklumat dari orang awam mengenai sesebuah kampung secara atas talian

Sumber Orang RamaiModul Sumber Orang Ramai

(Klik anak panah untuk akses)

Pentadbiran Sistem
Modul untuk Pentadbir Sistem untuk kawalan akses pengguna S-CHARMs

Pentadbiran SistemModul Pentadbiran Sistem

(Klik anak panah untuk akses)

Objektif S-CHARMs

Pemetaan Spatial

Membangunkan sistem pemetaan spatial kampung

Kemudahan Awam

Menganalisis keperluan kemudahan awam kampung

Kemampanan

Menilai tahap kemampanan kampung

DPF Desa Negara

Mengukur pencapaian pelaksanaan DPF Desa Negara 2030

Sumber Rujukan

Memudahkan rujukan maklumat spatial dan profil kampung

Penerbitan

Laporan DPFDN 2030

Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara 2030 (Laporan)

Muat Turun

Ringkasan Eksekutif DPFDN

Ringkasan Eksekutif DPFDN 2030.

Muat Turun

DPF Desa Negara - Persekutuan

Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara 2030 (Persekutuan)

Muat Turun

DPF Desa Negara - Negeri

Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara 2030 (Negeri)

Muat Turun

Manual

Manual Pengguna

Muat Turun

Lain-Lain

Dokumen Penerbitan

Selanjutnya...

Integrasi Sistem


S-CHARMs diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Guna Tanah Perancangan Bersepadu (I-Plan) yang dibangunkan oleh PLANMalaysia. Integrasi dengan I-Plan membolehkan pengguna S-CHARMs mendapatkan maklumat lot, guna tanah semasa dan zoning perancangan guna tanah desa.




S-CHARMs juga diintegrasikan dengan Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional (SPKPN) yang dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Unit Perancang Ekonomi (EPU). Melalui integrasi ini, pengguna S-CHARMs boleh mendapatkan maklumat berkaitan profil kampung yang terdiri daripada 14 modul seperti maklumat profil, pentadbiran, demografi, ekonomi, kemudahan awam, infrastruktur atau aktiviti sesebuah kampung.

Pangkalan Data

  • Pangkalan Data Desa Malaysia (PDDM)
    Data sempadan kampung, taburan kemudahan masyarakat, potensi dan isu kampung.
  • Data profil kampung, integrasi data dari SPKPN
    Maklumat profil kampung dari sumber Penghulu/Ketua Kampung.
  • Data guna tanah, integrasi data dari I-Plan
    Data guna tanah semasa, zoning, sempadan negeri, daerah, mukim, PBT dan lot tanah.
  • Data kajian perancangan PLANMalaysia
    Data spatial yang dihasilkan seperti kajian Rancangan Fizikal Negara Ke-4, Rancangan Fizikal Zon Pesisir Pantai Negara, Central Forest Spine (CFS)​.
  • Data analisis perancangan dan pembangunan desa
    Data analisis spatial yang dihasilkan daripada data S-CHARMs seperti kemampanan desa, agihan sumber kemudahan desa dan penilaian pemantauan Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara 2030.
  • Data sumber awam
    Data yang dijana melalui modul sumber orang awam bagi tujuan mengemaskini maklumat kampung dan kemudahan awam kampung.
  • Data perkongsian antara agensi
    Data melalui modul perkongsian data iaitu melalui platform web API.

Statistik

Galeri

Muat turun Aplikasi Mudah Alih S-CHARMs

Alamat
BAHAGIAN RANCANGAN FIZIKAL NEGARA
PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia),
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan,
Blok F5, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62675 PUTRAJAYA,
MALAYSIA
Telefon
03-8091 0205
Emel
support.scharms@planmalaysia.gov.my