FAQ

In hac habitasse platea dictumstras sit amet est eget dui viverra scelerisque.

SOALAN LAZIM

Apakah modul yang terdapat dalam sistem S-CHARMs?

Terdapat 8 modul yang terdapat dalam S-CHARMs iaitu:

1. Modul Laman Utama
2. Modul Pemetaan Interaktif *
3. Modul Sokongan Membuat Keputusan:
   a. Analisis Kemampanan Kampung *
   b. Analisis Agihan Sumber *
4. Modul Pemantauan Dasar Pemantauan Fizikal (DPF) Desa Negara
5. Modul Perkongsian Data
6. Modul Pengemaskinian Data
7. Modul Sumber Awam *
8. Modul Pentadbiran

* Modul boleh diakses menggunakan peranti mudah alih

Apakah data yang disimpan dalam sistem S-CHARMs?

Data yang disimpan bagi sistem S-CHARMs terdiri daripada:
1. Pangkalan Data Desa Malaysia (PDDM)
2. Integrasi i-Plan (Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu)
3. Integrasi SPKPN (Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional)

Siapakah Pengguna yang boleh menggunakan S-CHARMs?

Sistem S-CHARMs boleh diakses oleh Pengguna Tidak Berdaftar dan Pengguna Berdaftar mengikut tahap capaian yang telah ditetapkan oleh PlanMALAYSIA.

Bolehkah saya melihat data sempadan kampung, gunatanah dan profil kampung bagi suatu kampung dengan kampung bersebelahan secara serentak?

Ya, pemetaan yang dibangunkan di dalam S-CHARMs membenarkan pengguna untuk melihat sempadan kampung dengan data-data lain seperti Gunatanah, profil kampung dan lain-lain data (bergantung pada ketersediaan data).

Saya sebagai Pegawai Daerah dan ingin melihat taburan lokasi Dewan Orang Ramai dan Balai Raya mengikut Mukim dan ingin mencetaknya sebagai peta? Bagaimana proses tersebut boleh dilakukan di S-CHARMs?

Di dalam Modul Pemetaan Interaktif, Pengguna boleh menggunakan fungsi Carian mengikut sempadan pentadbiran serta fungsi cetakan bagi mengeksport hasil carian (format PDF serta dalam saiz A3 dan A4 sahaja).

Berpandukan pemetaan yang disediakan, bolehkah saya mengetahui keluasan setiap kampung mengikut Negeri, PBT, Daerah, Mukim dan Lot?

Pengguna boleh mengetahui keluasan kampung mengikut Negeri, PBT, Daerah, Mukim dan Lot di dalam Modul Pemetaan Interaktif samada menggunakan fungsi Carian atau Operation Dashboard.

Saya ingin mengemaskini maklumat Profil Kampung di sistem SPKPN. Memandangkan S-CHARMs telah mengintegrasi data SPKPN, adakah saya boleh mengemaskini maklumat kampung di S-CHARMs?

Tujuan S-CHARMs mengintegrasikan data dari SPKPN adalah bagi kegunaan di Modul Pemetaan Interaktif dan Modul Sokongan Membuat Keputusan.

Pengguna tidak boleh mengemaskini maklumat SPKPN di S-CHARMs.

Saya ingin membuat perbandingan perubahan kemampanan kampung dari tahun 2021 bagi Negeri Selangor. Adakah sistem S-CHARMs menyediakan katalog data bagi tahun tersebut?

S-CHARMs menyediakan data kemampanan kampung bermula tahun 2021 sehingga kini. Bagi data tahun 2021 keatas, Pengguna boleh membuat perbandingan di dalam Modul Kemampanan Kampung Bagi tahun sebelum 2021, Pengguna boleh merujuk perkara ini kepada Pentadbir Sistem S-CHARMs untuk bantuan lanjut.

Saya adalah pengguna dari Agensi Kerajaan, dan Jabatan saya terlibat dalam mengemaskini maklumat seperti di dalam Dasar Perancangan Fizikal bagi setiap tahun. Bagaimana saya ingin memasukkan maklumat tersebut?

Pengguna dari Agensi Kerajaan yang terlibat dalam pengemaskinian maklumat Dasar Perancangan Fizikal boleh menggunakan fungsi kemaskini di Modul Pemantauan DPF.

Bagaimana saya ingin mendapatkan maklumat sempadan kampung dan kemudahan daripada S-CHARMs bagi tujuan kajian? Adakah hasil data saya boleh dipaparkan di S-CHARMs?

Pengguna boleh mengisi pemohonan data di Borang On-Line di Modul Perkongsian Data bagi mendapatkan data mengenai kampung. Pemohonan yang lengkap akan diproses dan data akan dikongsi melalui pautan API melalui emel oleh Pentadbir Sistem.

Pengguna juga boleh mempaparkan data di dalam Modul Pemetaan Interaktif (terhad pada format Web Map Service dan Web Feature Service sahaja).

Saya adalah ketua kampung dan ingin mengemaskini maklumat kemudahan di kampung saya. Bagaimana cara untuk saya memasukkan maklumat di S-CHARMs?

Pengguna berdaftar boleh memasukkan dan mengemaskini maklumat di kampung menggunakan Modul Sumber Awam, samada melalui platform web atau aplikasi mudah alih.

Sebagai pengguna, bagaimana cara untuk saya merujuk setiap menu yang disediakan di dalam S-CHARMs?

Pengguna boleh merujuk/klik pada manual pengguna yang telah disediakan di halaman Laman Utama sistem ini.

Berapa lama tempoh pengaktifan akaun saya setelah didaftarkan?

Tempoh pengaktifan akaun adalah dalam masa 14 hari dan notifikasi status pendaftaran adalah melalui emel oleh Pentadbir Sistem.